| | Kembalinya Si Khadijah Assalamualaikum dan salam sejahtera hantu-hantu Xanga sekalian. Apa? Kamu semua ingat saya sudah meninggalkan Xanga? Ohhh tidak sama sekali. Saya suka menulis, dan saya juga suka memporak perandakan blog orang lain dengan lawak-lawak yang saya ingatkan kelakar tapi kebanyakan orang rasa tak kelakar mana. Begini ceritanya. P1Wimax adalah perkhidmatan internet yang hidup segan tapi degil nak mati. Menyusahkan pelanggan. Kalau ikutkan baran ini, agaknya habis jugalah pinggan mangkuk di rumah saya baling dan pijak-pijak. Berapa kali saya dikejar oleh agen-agen P1Wimax. Kadang-kadang di pusat beli-belah, kadang-kadang ketika saya sedang minum-minum di kopitiam, sehinggakan saya sedang melantak nasi kandar di kedai mamak pun depa datang tegur jugak. Rasa nak maki je ("Eh sudahla I've been conned! Gimme back my moneeeyyyy!!"). Tapi kesian pun ada. Dah itu pekerjaan agen. Yang aku patut sembelih ialah Big Boss company ni. Konpem-konpem dia tengah melepak atas sofa hisap curut tatkala aku mencarut-carut bukak internet lembab mengalahkan snail. Anyway. Sejak sekian lama banyak betul idea yang saya ingin lepaskan di sini. Kebanyakan idea-idea penulisan itu terlampaulah bodoh sehinggakan terkeluar dari jangkaan kita sendiri. Tertanya-tanya macam mana boleh sampai ke situ kepala hotak ni boleh merepek. Kalau oarang baca cerpen macam ni punya berterabur mesti boleh naik benci dengan si penulis. Tapi Khadijah adalah Khadijah. Khadijah tak kisah orang nak kata apa. Janji Khadijah tak mati kutu. Maka saya pikir nak tulis jugalah. Dah pulak P1Wimax memati-kutukan saya. Babih. Seminggu dari hari ini, saya akan bergelar Puan. Bukan lagi Cik. Praktis kejap. Puan Khadijah. Puan. Khadijah. Gaaaarrrrrrr geli geleman. Tak masuk lah dengan sanubari I yang gilerr glemerr ni! Ihiks ihiks. I'm so young hokay? Walaubagaimanapun. Kahwin isu kedua. Isu pertama ialah tentang obsesi saya terhadap mesin pembasuh 2 dalam 1. Membasuh dan mengering pakaian, maka tak perlu jemur pakaian. Ya saya pemalas. Tapi tak elok bazirkan teknologi yang dah tersedia. Oleh manusia untuk sesama manusia, kan. Jadi soalannya, siapa nak belikan mesin pembasuh ni sebagai hadiah kahwin ANGKAT TANGAN!!! |
| | Posted 6/25/2009 12:44 PM - 97 Views - 10 eProps - 11 comments
- recommend
    - recs0
- share
- email
 - sent0
Give eProps or Post a Comment |