| | Hatiku Yang Pedih Ada lah seekor kucing tua ni. Badan dia terdapat tompokan-tompokan kecil kurap. Tua sangat-sangat. Bulu ekor dia pun makin lama makin nipis. Gugur teruklah agaknya. Tapi muka dia hensem. Serious tak tipu. Dia selalu merayap-rayap di sepanjang kawasan rumah aku ni. Kalau aku tengah pandu kereta selalunya aku akan berhenti tepi untuk melihat gelagat kucing tua ni. By the way aku panggil dia Si Hensem. Aku akan perhati gelagat dia sampai rasa kelakar hilang. Nak pegang tak boleh sebab dia kurap. Maka tengok saje pun jadilah. Mata dia besar tapi kuyu. Si Hensem suka buka sekerat saja mata dia. Kepala besar. Yang menarik perhatian aku ialah kejernihan mata dia. Tak pernah aku nampak kucing mata sejernih mata Si Hensem ni. Badan dia boleh tahan tegap berisi. Walaupun tua dan kurap, dek kerana badan berisi dia tu nampaklah cuddly juga. Seperkara lagi yang menarik minat aku terhadap Si Hensem ini ialah warna bulu dia. Putih bersih bercampur tompok-tompok besar berwarna oren berbelang hitam. Macam harimau. Hidung dia pula elok mulus merah jambu melawan warna di sekeliling mulutnya yang berwarna putih. Hensem tak terkata. Setelah sekian lama gelagat aku suka memerhati Si Hensem dan memanggil-manggil dia, akhirnya dia betah dengan aku. Bermulalah era dia mengikut aku pula ke depan pintu rumah, yang mana aku akan suruh dia tunggu depan pintu sementara aku siapkan makanan dia. Biskut Iams. Perisa ayam. Air mineral. Kemudian aku akan duduk saja perhatikan dia makan sampai habis. Dia ni kucing yang bijak. Mana-mana biskut yang terperangkat di sudut piring dia boleh cekup dengan tangan kecilnya kemudian disuap ke mulutnya. Macam orang melayu makan. Kelakar. Aku takkan pegang Si Hensem tapi aku akan benarkan dia menggesel-geselkan badannya pada seluar jeans aku. Dia suka mengangkatkan mata besar jernihnya ke arah aku dan mengiau perlahan. Makin lama dia semakin biasa dengan aku. Sehinggalah ke satu tahap dia sudah pandai menunggu kepulanganku di tempat parkir setiap hari dan kemudian mengiringiku sehingga ke depan pintu. Habis makan seperti biasa dia akan menggeselkan badannya di seluar jeans aku. Satu hari Si Hensem tak muncul. Esoknya pun dia tak muncul. Sehingga lebih kurang dua minggu dia hilang. Terasa rindu. Tapi mungkin dia dah bertukar selera. Agaknya. Tadi Si Hensem ada di tempat parkir. Aku panggil-panggil dia. Dia bangun perlahan-lahan dan jalan lambat-lambat sehinggalah berada di sebelah aku dia menggesel-geselkan badannya pada seluar jeans aku. Tiba-tiba dia batuk kuat. Lidah terjelir-jelir seakan-akan nak muntah tapi tak ada apa-apa yang tersembur dari mulut. Tatkala Si Hensem tertunduk menahan muntah aku perasan badannya semakin susut, termasuklah bulu di ekornya. Kemudian dia angkatkan muka melihat aku. Matanya sudah tidak sejernih dulu. Warna mata juga dah bertukar. Macam biasa aku panggil-panggil Si Hensem ajak ke depan pintu rumah. Perlahan saja dia mengikut aku jalan. Tak sampai beberapa meter dia terhenti dan batuk-batuk lagi. Bahu terhenjut-henjut sesak nafas menahan muntah. Pedih hati aku tengok keadaan dia. Sehinggalah di depan pintu rumah dia masih terbatuk-batuk. Biskut Iams pun dia makan jauh lebih perlahan dari biasa. Sambil duduk di tepi, aku perhati telinga kirinya sudah ada dua kesan robek. Kali ini, habis saja makan Si Hensem pandang aku sekilas saja. Kemudian dia batuk-batuk lagi, dan terus beredar. Aku duduk depan pintu sampai kelibatnya hilang. Risaulah. ***************************************************** P/S: 1) Internet tengah ada. Buat masa ni lah. P1 tengah okay. Tapi sangatlah tak constant. Macam ikut mood mak bapak dia je kejap ade coverage kejap takde. Lebih lama takde. 2) Trip ke Shanghai menjadi trip honeymoon for the parents. Maksudnye only my mother went. Ayahku siap balik Malaysia sekejap satu malam untuk membawa emak pergi bersama ke Shanghai keesokan harinya. Sungguh romantis. Akan tetapi. Cheis. Berkecai harapanku untuk mengepau mak bapak. Mungkin mereka sudah terbaca isihati busukku ini. Ngaaaaa...!!! |
| | Posted 3/25/2009 2:43 PM - 29 Views - 6 eProps - 3 comments
- recommend
    - recs0
- share
- email
 - sent0
Give eProps or Post a Comment |